KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warganegara Malaysia memandangkan kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad.
Katanya data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan pengkreditan penghargaan SARA.
“Kerajaan akan menyalurkan RM100 melalui MyKad secara sekali gus (one-off) kepada setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan ke bawah.
“Seramai 22 juta rakyat Malaysia layak menerima pengkreditan ini secara individu dan langkah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung proses pendaftaran untuk melayakkan diri menerima RM100 di bawah inisiatif penghargaan SARA untuk semua.
Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Amir Hamzah berkata kementerian mengalu-alukan pendaftaran lebih banyak peniaga kecil untuk terlibat dalam penjualan barangan yang dibenarkan di bawah inisiatif SARA.
Katanya sehingga 29 Julai, terdapat lebih 4,500 premis runcit berdaftar melibatkan penjualan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori -- antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.
“Mereka (peniaga) hanya perlu mendaftar dengan Yayasan MyKasih dan mengikuti tetapan yang telah diberikan. Kita menggalakkan (pendaftaran) agar dapat melebarkan lagi ruang yang ada.
“Kerajaan juga ada banyak lagi ruang untuk menolong peniaga kecil termasuk skim melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang boleh digunakan untuk merancakkan lagi perniagaan kecil,” katanya.
-- BERNAMA
HUBUNGI KAMI
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia
+603-8880 8854
+603-8880 8829
nsomapo[at]moha.gov.my
什么火热hcv8jop2ns5r.cn | 肝低回声结节是什么意思onlinewuye.com | 息肉是什么原因引起的hcv8jop6ns9r.cn | 副局长什么级别hcv8jop7ns1r.cn | 玄胡又叫什么hcv8jop8ns9r.cn |
修女是干什么的hcv9jop3ns3r.cn | 周围神经炎是什么症状hcv8jop6ns8r.cn | 两个人背靠背是什么牌子yanzhenzixun.com | 吃什么食品减肥tiangongnft.com | 牙周炎吃什么药最好hcv9jop5ns8r.cn |
东方是什么意思hcv9jop2ns3r.cn | 人民检察院是国家的什么机关hcv8jop7ns6r.cn | 胎盘老化是什么原因造成的hcv9jop6ns1r.cn | 什么茶养胃hcv8jop5ns2r.cn | 开普拉多的都是什么人hcv9jop2ns4r.cn |
预热是什么意思hcv9jop5ns5r.cn | 蛋白质用什么试剂鉴定hcv9jop6ns1r.cn | 口加才是什么字hcv7jop9ns6r.cn | 蚧壳虫用什么药最有效hcv8jop0ns7r.cn | 天蝎什么象星座jasonfriends.com |
Kategori
• Mengenai MAPO
• Maklumat Penting
• Laporan Tahunan 2021-2022
• NAPTIP
• Direktori
• Berita
• Gambar
• Infografik
• e-Risalah